by: Dr stephen Carr leon
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa
Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat
ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70%
perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,
pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika
tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk
pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti
kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di
samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun,
ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat
resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan
data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah
kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang
mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi
dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di
dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius
apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut
perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa
jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara
lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau
gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah
hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang
digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan
sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang
tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam
kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika
mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan
ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja
jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan
dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke
rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan
memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini
akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran
di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di
rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis
di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama
pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok
bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami
bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik
pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya
ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan
awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak
ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan
rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari
awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu
bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam
perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya
jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan
sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman
saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara
disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya
pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid
ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk,
segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan
Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para
penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan
anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat
keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan
rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan
fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain
di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah
aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya
sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini
kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi
sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda
untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi
dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan
ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa
kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang
ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi
konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,
makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik
sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak
mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah,
bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan
seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran
mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah
pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan
generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat
saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok!
Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah
jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg
dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain
dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa
Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik
sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama
atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti
Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan
perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya
memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah
saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi,
pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat
penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat
sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat
mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
No comments:
Post a Comment